Jika Aku Jatuh Hati - Doa
Oct 29, 2006
Bismillahirrahmaanirrahim...
Ya Allah,jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu.....
Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....
Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....
Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya
kepadaMu.......Amin.....
posted by john doe @ 10/29/2006,
,
![]()
Dunia yang sepi..
Jun 17, 2006
Hayatilah lirik dari lagu Hijjaz ini...
Hijjaz --Dunia Yang Sepi
Hijjaz --Dunia Yang Sepi
Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya
Alangkah susah mencari
kawanKebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata
Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan..
posted by john doe @ 6/17/2006,
,
![]()

